Tuesday, July 17, 2007

Takziah Buat Keluarga Allahyarham

Minggu ini kita dikejutkan lagi dengan tragedi.Bukan kekalahan yang memalukan negara dalam Kejohanan Piala Asia.Bukan perginya pemimpin negara ataupun artis terkenal tanahair.Tetapi perginya 6 pahlawan dan srikandi negara dalam tragedi terhempasnya nuri yang dah uzur dimamah tahun.Inilah yang harus direnungi dan ditangisi oleh semua rakyat negara kita.Kehilangan 6 aset yang berharga, bukan kerana negara dicerobohi,juga bukan kerana kecuaian mereka.Tetapi kerana menjadi mangsa keadaan dan masa.Nuri .....satu nama yang telah berpuluhan tahun menyumbangkan bakti dan berpuluhan tragedi kerananya.Haruskah kita akan menanti ribuan lagi pahlawan dan srikandi negara gugur untuk mengkaji dan mengkaji efesyennya nuri kepada kita.Takdir bukan satu alasan untuk melarikan diri dari tanggungjawab terhadap rakyat , bangsa dan negara.Takziah buat semua keluarga pahlawan.Gugurmu adalah kerana agama dan negara.Al-fatihah.

Monday, July 16, 2007

Piala Asia Bukan Taraf Malaysia

Piala Asia hampir menutup tirai untuk pusingan dalam kumpulan.Namun Malaysia belum menampakkan kemampuan untuk mencipta kejutan kemenangan.Namun jika dilihat dari persediaan dan pengalaman pemain negara kita, amat jauh untuk melawan dan merobek kubu pasukan yang lain dalam kumpulan C.Iran dan China gah kerana pernah bertanding d pusingan akhir piala dunia.Manakala Uzbekistan pula pernah memenangi pingat emas Sukan Asia.Kesalahan ini bukan hanya dibahu pemain dan jurulatih.Jika diselidiki , pemain mana yang sanggup dimalukan sedemikian.Mana insentif dan janji untuk membakar semangat mereka.Berjuang untuk negara sahaja bukan cukup,kebajikan dan imbuhan haruslah setimpal dengan kudrat yang dicurahkan.Pengurusan FAM haruslah muhasabab diri untuk kemajuan yang telah lama peminat inginkan."Kegagalan adalah kunci kejayaan di masa depan".Pengurusan berkelas dunia juga perlu diterapkan untuk menikmati kejayaan yang gemilang.

Monday, June 25, 2007

Piala Asia 2007

Pasukan Negara kita akan berentap di pusingan akhir Piala Asia 2007 tak lama lagi.Banyak suara sumbang kedengaran yang Malaysia hanya akan menjadi tuan rumah terbaik sahaja.Untuk pasukan negara pergi lebih jauh amatlah jauh dari jangkauan.Mungkin ada betulnya dengan kata-kata tersebut.Sejarah dan statistik pasukan negara10 tahun kebelakangan ini amatlah mendukacitakan.Tahun demi tahun ranking dunia semakin sayup ketinggalan.Menggapai juara setiap pertandingan yang disertai jauh dari sasaran.Namun jika bersikap postif dan menyahut segala kata -kata nista tersebut , tak mustahil pasukan negara akan menghadirkan sesuatu yang amat bermakna pada kejohanan yang paling berprestij di benua Asia ini.Kibarkan Jalur Gemilang dengan gagah dan Malaysia pasti "Boleh"

Saturday, June 23, 2007

Panorama Kuala Terengganu




Bebarapa keping gambar yang oke tentang suasana petang di Kuala Terenganu.
"Jemputlah Mari Sining".

Wednesday, June 20, 2007

Cinta Di Lautan Lalang

Cinta Di Lautan Lalang
(Heliza AF5)


Bayangkanlah
Kudup yang sepi
Sendiri di lautan lalang

Bayangkanlah sengsara-digalas tatkala
Kelopaknya sedang mekar

Datang musim
Bersemarak harum
Sampai waktu
Peragakan hias

Hari bahagia hanyalah angan
Yang tak kesampaian
Mengundang tangis
Keluhan

*Begitulah diriku
Dapat kau umpamakan kekasih
Yang menangis tak terhenti
Didalam-oh

Begitulah diriku
Tiada gerangan siapa
Tempat nak ku mengadukan
Nasibku

Bayu berlagu
Berkumandang rintihan
Mungkinkah
Engkau ku nantikan
Mungkinkah kau
Pembawa sinaran


Lagu: Aidit Alfian (Indah Karya Publishing Sdn Bhd)
Lirik: Loloq (Luncai Emas Publishing Sdn Bhd)


Bagi aku, banyak2 lagu baru yang dinyayikan dalam AF5 bebaru ni.Inilah yang paling best
dan tangkap nangis bila didengar.Sememangnya Lolog dianugerahkan Allah akal yang genius.


Sunday, June 17, 2007

Us Open Golf 2007


Tiger Woods sekali lagi berada dalam kegagalan untuk meraih gelaran Juara Us Open 2007.Kali ini bukan Phil Mickelson ataupun Ernie Els yang menghalang tetapi Angel Cabrera.Cabrera pemain kelahiran Argentina yang hampir tenggelam telah melakukan "come back" yang cukup sempurna pada permainan pusingan keempat pagi tadi.Beliau telah mencatatkan 5 di atas par secara keseluruhan mengatasi Woods dan James Furyk dengan perbezaan 1 pukulan.Oakmont Country Club telah meninggalkan kenangan manis buat Cabrera.Tahniah...........

Tuesday, May 22, 2007

Liverpool Atau Ac Milan?

Liverpool emblem AC Milan crest

Peminat bola sepak kat seluruh dunia ternanti-nanti kelab manakah yang akan menjulang Champions League untuk 2007 ni.Ac Milan kah atau Liverpool.Jika Ac Milan yang juara, ia sudah pasti akan memertabatkan lagi bolasepak Italy.Manakala jika Liverpool yang menjadi juara, pastinya akan mengangkat kan lagi "prestij" EPL di mata eropah dan dunia. Sekurangnya-kurangnya dapat menjadi pengubat kepada kesuraman bolasepak England sekian lama dahagakan kejayaan.Apapun buat kaki bola yang fanatik ,berjaga malam hingga lewat pagi anda pada kali ini pastinya akan berbaloi."Selamat Berjuang"